Wednesday 22 February 2012

LANGKAH BIJAK MENGURANGKAN GULA




Tahukah anda?

* Risiko 60 penyakit bahaya akibat gula termasuk barah, jantung dan masalah buah pinggang


* Pengambilan 24 sudu teh gula boleh sebabkan keberkesanan sel darah putih menurun sebanyak 92 peratus dan ia memakan masa sehingga lima jam!


* Gula tidak menyebabkan sakit jantung, tetapi ia menjadikan platelet darah melekit dan meningkatkan risiko pembekuan darah dalaman yang mengakibatkan kepada serangan jantung dan strok melalui lemak darah.

5 langkah bijak mengurangkan gula

* Minumlah air kosong berbanding minuman manis seperti air berkarbonat, air sirap dan kordial.


 * Hadkan penggunaan gula, susu pekat manis, susu isian pekat manis dan krimer manis kepada satu sudu teh saja untuk setiap cawan minuman.




* Elakkan snek dan minuman yang bergula di antara hidangan utama dan sebelum waktu tidur.

* Baca senarai ramuan pada label. Elakkan produk makanan dan minuman yang mana gula tersenarai di bahagian awal
 
 

* Pilih produk makanan dan minuman yang dilabel `rendah gula' dan `bebas gula.



Sunday 12 February 2012

Khasiat Dan Manfaat Buah-Buahan

 

 
sodapppnyee nengok buah2 kat atas nie....

 

Di bawah ini kita dapat melihat kandungan, khasiat dan manfaat sihat dari beberapa jenis buah yang ada di bumi :

1. BUAH TOMATO (TOMATO)
- tomato mengandung vitamin A, B1 dan C.
- tomato dapat membantu membersihkan hati dan darah kita.
- tomato dapat mencegah pelbagai penyakit dan gangguan kesihatan lain seperti :
a. gusi berdarah.
b. rabun senja
c. penggumpalan darah.
d. usus buntu.
e. kanser prostat dan kanser payudara.


 2. BUAH PISANG (BANANA)
- pisang mengandungi vitamin A, B1, B2 dan C.
- pisang dapat membantu mengurangi asam lambung.
- pisang dapat membantu menjaga keseimbangan air dalam tubuh.
- pisang dapat mengubati beragam penyakit dan gangguan kesihatan lain seperti :
a. penyakit jantung dan stroke
b. stress
c. menurunkan kadar kolesterol dalam darah.


 3. BUAH EPAL (APPLE)
- epal mengandungi vitamin A, B dan C.
- epal dapat membantu menurunkan kadar kolesterol dalam darah.
- epal mempunyai kegunaan / fungsi kesihatan lain seperti :
a. menjadi zat anti kanser.
b. mengurangi nafsu makan yang terlalu besar.



  4. BUAH BELIMBING (STAR FRUIT)
- belimbing mengandungi vitamin C dan provitamin A.
- belimbing dapat membantu melancarkan pencernaan makanan.
- belimbing mempunyai kegunaan / fungsi kesihatan lain seperti :
a. menurunkan tekanan darah.
b. menurunkan kadar / tingkat kolesterol dalam tubuh.


Saturday 11 February 2012



Khas untuk ma tersayang...tetibe teringat kt ma laaa...adessss!! 


Ibu,
Ingin rasanya kembali berada disisimu.
Merasakan hangatnya dekapan kasih yang dulu setia menimang lelapku.

Ibu,
Kini ananda melangkah dalam doamu.
Bersama waktu ananda yakin ananda mampu meraih impianku.

Mampu membawa segala harap indah itu,
Harap yang terangkai dari doa dan air matamu.

Kerana ananda yakin,
Senyum kasihmu selalu ada disini.
Menemani alunan hatiku.

Semoga,
Tuhan mengampuni dosamu.
Khilaf jiwa yang tercipta,
Demi meraih mimpi dan Egoku.

Maha Indah,

Terima kasih Tuhan,
Engkau telah izinkan hamba menjaga Amanahnya.
Engkau telah izinkan hamba memeluk rindunya.
 
untuk abah juge..hehe
 
abah…
semenjak kecil aku dibesarkan bagai menatang minyak yang penuh
semenjak kecil aku dimanjakan dengan belaian gurauanmu yang indah
semenjak kecil aku diberi penghargaan umpama seorang raja
 
abah…
ketika aku mengalah…
engkau semangatku
ketika aku sakit…
engkau penawarku
ketika aku bersedih…
 
abah...kau air mataku
ketika aku ketawa
engkau riangku
dan ketika engkau berduka?
aku harap akulah penawar duka laramu

Wednesday 8 February 2012



"Kita tidak diberi kehidupan yang baik atau kehidupan yang buruk. Kita hanya diberi sebuah kehidupan. Dan semua itu terserah kita untuk membuatnya baik atau buruk." - Ward Foley

 Cintai Hidup mu!!!
Bersyukurlah...
Sebab Tidak semua keinginan slalu kita miliki dalam hidup ini,
Dan juga tidak slalu indah dimata NYA
Tapi DIA slalu tau apa yang kita perlukan dan memberi apa yang kita perlukan...
DIA maha tau...
Bersukurlah atas apa yang terjadi, Ambil pelajaran dari setiap perjalanan hidup mu...
Setiap "masalah" yang terjadi adalah sebuah pelajaran dan ujian agar kita menjadi lebih dewasa, lebih bijak, lebih memahami dan lebih kuat...
Slalu berbaik sangka pada NYA, sebab dia Maha Penyayang melebihi sayangnya orang yang menyayangi mu didunia ini...
dan ketika kita mulai selalu bersyukur atas apa yang kita miliki dan apa yang terjadi...
Kita akan memandang kehidupan dengan cara yang berbeza, dan perlahan dunia kita Akan berubah....
Lebih indah, lebih kaya dan lebih bahagia....

Tuesday 7 February 2012




Nie baru permulaan kisah tinta dan pena...testing..testing dulu yee


Bertungkus-lumus untuk menghasilkan blog nie bagi memenuhi keperluan subjek BMM3105 walaupun ilmu tentang blog nie xseberapa dan 'kosong' ,hehehe...setelah berjam-jam lamanya menyelongkar sedikit sebanyak ilmu tentang 'blog' nie..akhirnye,BERJAYA juga aku menghasilkan blog untuk diisi segala maklumat, informasi, panduan hidup dan macam2 lagi laa...apa yg aku blaja dri permulaan penghasilan blog ni ialah...

~ USAHA ITU KUNCI SEBUAH KEJAYAAN ~


KEKADANG kita terasa amat longlai sekali. Dalam pada meneruskan kehidupan ini, terasa amat payah benar. Seolah hendak melangkah pun tidak bermaya. Apa lagi untuk mencapai kejayaan yang besar, memang jauh sekali.

Jom baca koleksi kata-kata hikmah ‘motivasi’ di bawah. Semoga semangat kita pulih seperti sediakala. Semoga semangat juang kita kembali segar. Semoga kita mendapat hikmah dan kebaikan daripadanya.  Agar jiwa kita kembali kental. Agar jiwa kita kembali bersemarak. 

Ibarat seseorang yang baru sahaja menghabiskan segelas air sejuk selepas dahaga yang amat sangat...WAHHHHHHHHHH!!legaaaaaaa teramat......

1. Kita selalu lupa atau jarang ingat apa yang kita miliki, tetapi kita sering kali ingat apa yang orang lain ada.
2. Jika anda hilang segala-galanya, jangan lupa, kerana anda masih mempunyai masa depan.
3. Sesiapa yang tidak pernah merasai kepahitan tidak akan mengenal kemanisan.
4. Tidak pernah wujud orang malas. Orang yang dianggap malas ialah orang yang tidak dapat mencari pekerjaan yang sesuai dengan minatnya.
5. Tidak penting sama ada berapa lama kita hidup. Yang penting bagaimana keadaan kita semasa hidup.
6. Tanpa permulaan, anda tidak akan sampai ke mana-mana.


test,test!!








3PISMP PENGAJIAN MELAYU IPG KSM