Tuesday 7 February 2012




Nie baru permulaan kisah tinta dan pena...testing..testing dulu yee


Bertungkus-lumus untuk menghasilkan blog nie bagi memenuhi keperluan subjek BMM3105 walaupun ilmu tentang blog nie xseberapa dan 'kosong' ,hehehe...setelah berjam-jam lamanya menyelongkar sedikit sebanyak ilmu tentang 'blog' nie..akhirnye,BERJAYA juga aku menghasilkan blog untuk diisi segala maklumat, informasi, panduan hidup dan macam2 lagi laa...apa yg aku blaja dri permulaan penghasilan blog ni ialah...

~ USAHA ITU KUNCI SEBUAH KEJAYAAN ~


KEKADANG kita terasa amat longlai sekali. Dalam pada meneruskan kehidupan ini, terasa amat payah benar. Seolah hendak melangkah pun tidak bermaya. Apa lagi untuk mencapai kejayaan yang besar, memang jauh sekali.

Jom baca koleksi kata-kata hikmah ‘motivasi’ di bawah. Semoga semangat kita pulih seperti sediakala. Semoga semangat juang kita kembali segar. Semoga kita mendapat hikmah dan kebaikan daripadanya.  Agar jiwa kita kembali kental. Agar jiwa kita kembali bersemarak. 

Ibarat seseorang yang baru sahaja menghabiskan segelas air sejuk selepas dahaga yang amat sangat...WAHHHHHHHHHH!!legaaaaaaa teramat......

1. Kita selalu lupa atau jarang ingat apa yang kita miliki, tetapi kita sering kali ingat apa yang orang lain ada.
2. Jika anda hilang segala-galanya, jangan lupa, kerana anda masih mempunyai masa depan.
3. Sesiapa yang tidak pernah merasai kepahitan tidak akan mengenal kemanisan.
4. Tidak pernah wujud orang malas. Orang yang dianggap malas ialah orang yang tidak dapat mencari pekerjaan yang sesuai dengan minatnya.
5. Tidak penting sama ada berapa lama kita hidup. Yang penting bagaimana keadaan kita semasa hidup.
6. Tanpa permulaan, anda tidak akan sampai ke mana-mana.


No comments:

Post a Comment